PM: Dana Agrofood RM350 juta bantu pengusaha pertanian, makanan

    0
    508
    FOTO: Wikimedia Commons/Biswarup Ganguly / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0)

    KERAJAAN memperuntukan sejumlah RM350 juta menerusi kemudahan pinjaman Dana Agrofood bagi memastikan kelangsungan pengusaha pertanian dan komoditi dalam sektor pertanian dan makanan.

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selain itu, kerajaan turut memberikan insentif kepada syarikat perintis untuk melatih dan mengajar tenaga kerja bagi menceburi bidang pertanian dan perladangan dalam usaha memperkasakan peningkatan mobiliti tenaga kerja dalam bidang itu.

    “Selain itu, pengusaha pertanian bandar juga akan diberi bantuan bernilai RM500 seorang dan RM50,000 untuk setiap komuniti.

    “Bagi mendorong sektor komoditi, kerajaan bersetuju memberi pengecualian 100 peratus duti eksport ke atas minyak sawit mentah, minyak isirong sawit mentah dan minyak isirong sawit yang diproses mulai 1 Julai hingga 31 Dis,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen hari ini.

    Kerajaan memperkenalkan PENJANA dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi” sebagai langkah segera untuk membangun dan merancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

    – Bernama

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here