George Floyd: Beberapa video keganasan polis sewaktu tunjuk perasaan kejutkan AS

0
618

Oleh Fetty Rara

BEBERAPA video yang menunjukkan keganasan pihak polis terhadap penunjuk perasaan George Floyd yang mati di tangan seorang anggota polis telah ditularkan.

Di bandar raya Buffalo, New York dua anggota polis digantung tugas setelah dirakam menolak seorang warga emas berkulit putih hingga rebah, lapor bbc.com.

Di New York anggota polis dirakam menangani penunjuk perasaan secara ganas semasa mereka cuba melarikan diri.

Semua laporan dan video tersebut muncul selepas satu upacara mengenang George Floyd berlangsung di Minneapolis, di mana beliau dibunuh.

Pembunuhan kejam Floyd telah mengejutkan penduduk AS hingga mencetuskan rusuhan  dan bantahan di serata dunia  terhadap cara orang Amerika berkulit hitam dilayan secara diskriminasi.

Dalam perkembangan berasingan polis di Arizona mendedahkan butiran berhubung pembunuhan seorang lagi lelaki kulit hitam, Dion Johnson di bandar raya Phoenix pada 25 Mei – hari yang sama Floyd dibunuh.

Johnson ditembak mati oleh polis setelah didapati ‘tidak sedar diri’ di tempat duduk pemandu sebuah kereta yang menghalang trafik.

Menurut polis ketika memeriksa Johnson telah berlaku pergelutan sehingga seorang anggota melepaskan tembakan mengena tubuh mangsa.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas keluarga Johnson ditunjukkan rakaman komunikasi polis bersama video jabatan pengangkutan berhubung kejadian berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here