Lelaki botak lebih berisiko komplikasi Covid-19 – Kajian

0
61897
FOTO: Daily Mail.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

LELAKI botak yang dijangkiti Covid-19 berdepan dengan risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai gejala serius.

Pengarah kumpulan kajian berkenaan berkata beliau yakin dengan penemuan tersebut bahawa lelaki berkepala botak merupakan penunjuk utama akan mengalami komplikasi setelah dijangkiti Covid-19, lapor akhbar British The Telegraph.

Profesor Carlos Wambier di Brown University Amerika Syarikat yang menjalan dua kajian itu mendapati lebih ramai lelaki botak dimasukkan ke hospital setelah didapati positif Covid-19.

Kajian kedua yang diterbitkan dalam Journal of the American Academy of Dermatology pula mendapati bahawa sebanyak 79 peratus daripada sekumpulan 122 pesakit di beberapa hospital di Madrid, Sepanyol terdiri daripada lelaki botak.

Para saintis berpendapat bahawa Androgen, sejenis hormon seks lelaki yang menyebabkan keguguran rambut menambahkan keupayaan virus tersebut menyerang sel-sel dalam tubuh.

Ini bermakna ubat penahan hormon berpotensi untuk diguna bagi memperlahankan jangkitan dan memudahkan penyembuhan.

Profesor Wambier memberitahu The Telegraph bahawa beliau pasti virus Covid-19 memasuki tubuh seseorang melalui hormon androgen.

Bagaimana pun, pengkaji lain menasihatkan supaya berhati-hati bertindak berdasarkan penemuan kajian tersebut kerana lebih banyak bukti diperlukan sebelum ubat-ubat berkenaan boleh digunakan untuk merawat pesakit Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here