MAIS bantu peniaga bukan asnaf terjejas akibat PKP

0
239
Oleh Arrazaq Nazri

SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menghulurkan sumbangan bantuan berjumlah RM88,800.00 kepada peniaga-peniaga kecil bukan asnaf di Negeri Selangor
berikutan penularan wabak COVID-19 dan terjejas punca pendapatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menuru Setiausaha MAIS, Dr.Ahmad Shahir Makhtar, seramai 296 peniaga-peniaga kecil bukan asnaf telah dikenalpasti, menerima sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM300.00 setiap seorang.

“Agihan sumbangan ini telah
dilaksanakan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), iaitu anak syarikat MAIS.

“Pembayaran sumbangan ini telah selesai dikreditkan ke dalam setiap akaun penerima masing-masing,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shahir berkata, kelayakan bagi penerima bantuan tersebut adalah peniaga-peniaga kecil yang bukan asnaf di bawah kategori B40.

Jelasnya lagi, bantuan yang disalurkan itu adalah hasil daripada Tabung Prihatin COVID-19 MAIS.

“Pihak MAIS berharap dengan bantuan yang telah disalurkan ini, dapat meringankan beban mereka terutamanya kepada peniaga-peniaga kecil yang terkesan dan hilang punca
pendapatan akibat pelaksanaan PKP.

“Pihak MAIS juga turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai terutama kepada penyumbang Tabung Prihatin COVID-19 MAIS dalam menyampaikan bantuan kepada
golongan yang memerlukan dan semoga sumbangan yang diberikan ini akan mendapat ganjaran oleh Allah SWT,” katanya.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here