Covid-19 : WHO nasihat pakai pelitup muka bila dalam khalayak ramai

0
610

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) kini mengubah nasihat tentang pemakaian pelitup muka setelah kajian mendapati bahawa ia sepatutnya dipakai ketika berada dalam khalayak ramai bagi membendung penularan Covid-19.

WHO berkata maklumat terbaharu yang diperoleh menunjukkan bahawa pelitup muka bertindak sebagai penghalang tempias titisan berbahaya, lapor bbc.com.

Nasihat oleh WHO itu tidak mengejutkan kerana sebelum ini beberapa negara telah lama mengesyorkan atau mewajibkan pemakaian pelitup muka apabila berada dalam khalayak ramai.

Sebelum ini WHO pernah berkata bahawa orang ramai tidak perlu memakai pelitup muka apabila berada dalam khalayak ramai kerana belum terdapat bukti keberkesanan langkah tersebut.

Pakar teknikal utama WHO mengenai Covid-19, Dr Maria Van Kerkhove berkata saranan tersebut ialah supaya orang ramai memakai ‘pelitup yang dibuat daripada kain’ ketika berada dalam kawasan di mana terdapat risiko jangkitan.’

Pendirian WHO itu berbeza daripada nasihat yang dikeluarkan sejak berbulan bahawa pelitup muka hanya sepatutnya dipakai oleh mereka yang sakit dan mereka yang menjaga.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here