Mahkamah Australia larang perhimpunan ‘Black Lives Matter’ kerana risiko jangkitan Covid-19

0
383

Oleh Fetty Rara

SEBUAH mahkamah di Australia semalam melarang diadakan perhimpunan protes ‘Black Lives Matter’ (BLM) yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini di Sydney.

Larangan tersebut adalah berikutan kebimbangan risiko tinggi jangkitan Covid-19 dalam kalangan peserta, lapor bbc.com.

Bagaimana pun, hari ini beribu penduduk Australia tidak mempedulikan larangan tersebut dan terus keluar menyertai perhimpunan BLM di beberapa bandar raya di negara itu.

Peserta hadir bersolidariti bersama protes yang diadakan di Amerika Syarikat susulan pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd di tangan seorang anggota polis kulit putih di Minneapolis minggu lalu.

Sejak berita pembunuhan Floyd dilaporkan rakyat Australia turut mengecam beberapa kes kematian kaum kulit hitam di negara itu sendiri.

Kebimbangan yang membawa kepada larangan perhimpunan tersebut adalah kerana keadaan wabak Covid-19 di Australia masih belum reda dengan sejumlah 7,200 kes walaupun jangkitan semakin berkurangan sejak seminggu lalu.

Bagi Hakim Desmond Fagan kesihatan orang ramai perlu diberi keutamaan dan bukan perhimpunan protes.

Sementara itu, bagi Latona Dungay yang kehilangan anaknya, David, yang maut sewaktu dalam penjara pada 2015 memberitahu media bahawa beliau mahukan supaya perhimpunan itu diteruskan walau Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut berkata ia tidak sepatutnya diadakan.

Bagi Morrison ada cara lain untuk menyuarakan sentimen berkenaan dan bukan dengan cara membahayakan kesihatan diri.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here