SPRM nafi ugut, herdik, paksa Siti Nurul Hidayah

0
639

Oleh Wartawan BebasNews

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak sekeras-kerasnya dakwaan seorang pegawai wanita kepada bekas Menteri Belia dan Sukan yang beliau telah diugut, diherdik dan dipaksa semasa siasatan.

Menurut Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Norazlan Mohd. Razali, pihaknya tidak akan bertolak ansur atau takut dengan sebarang ugutan daripada mana-mana pihak kerana SPRM mempunyai bukti bahawa tohmahan ini adalah tidak benar.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran dakwaan pegawai kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Siti Nurul Hidayah yang beliau dikasari oleh pegawai SPRM semasa siasatan berhubung kehilangan wang dari peti simpanan Syed Saddiq.

Dakwaan itu dibuat dalam satu rakaman video yang disiarkan menerusi facebook Bersatu.TV semalam (5 Jun).

Menurut Norazlan, dakwaan yang mengatakan Siti Nurul Hidayah telah dikerumuni empat atau lima pegawai lelaki dan diuguti adalah rekaan semata-mata.

Sebaliknya sepanjang masa proses rakaman pernyataan dibuat beliau telah ditemani oleh dua pegawai wanita.

“Kehadiran Siti Nurul Hidayah adalah secara sukarela sebagai antara saksi utama yang telah memberikan keterangan-keterangan penting dalam membantu SPRM menyiasat kes ini.”

Sehubungan itu, SPRM akan membuat satu aduan polis terhadap tohmahan ini sekali gus meminta pihak polis menyiasat perkara ini setelus-telusnya.

SPRM bersedia memberikan kerjasama kepada pihak polis dalam perkara ini, katanya.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here