Peningkatan kes Covid-19: Jangan salahkan pekerja asing – KKM

"Kita tidak boleh salahkan mereka kerana terpaksa tinggal berasak di ruang sempit. Mereka tiada pilihan."

0
460
FOTO: NSTP.

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) membangkitkan kesukaran yang terpaksa dihadapi pekerja asing di negara ini, susulan peningkatan kes Covid-19 di kalangan golongan itu.

Dalam satu hantaran Facebook semalam, KKM berkata ramai pekerja asing tidak boleh mengamalkan penjarakan sosial dan langkah-langkah pencegahan lain di luar tempat kerja mereka.

“Kes di kalangan pekerja asing ini terus meningkat kerana mereka tidak patuh prosedur operasi standard (SOP). Mereka hanya patuh SOP di tempat kerja tetapi tidak apabila di tempat tinggal.

“Kita tidak boleh salahkan mereka kerana terpaksa tinggal berasak di ruang sempit. Mereka tiada pilihan.

“Mereka adalah pekerja asing yang datang ke negara kita kerana faktor kemiskinan. Jika diberi pilihan, sudah tentu mereka mahu berada bersama keluarga di negara sendiri. Tiada siapa pilih hidup dalam kesusahan,” kata KKM, dalam satu hantaran berkenaan sama ada perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selepas 9 Jun.

Beberapa minggu mutakhir ini menyaksikan trend pengesana kluster baru di kalangan warga asing, sama ada yang bekerja mahupun yang ditahan di empat pusat tahanan Imigresen.

Menurut KKM, walaupun penularan di kalangan warga tempatan telah menunjukkan penurunan ekoran pematuhan SOP, ia tidak berlaku di kalangan pekerja asing.

Kata KKM lagi, warga Malaysia tidak boleh menganggap peningkatan itu sebagai bukan masalah sendiri, memandangkan ramai warga asing yang tinggal di kalangan mereka.

Masyarakat boleh memainkan peranan agar golongan itu mematuhi SOP, tetapi peranan lebih besar perlu dilaksanakan majikan mereka, kata KKM lagi.

“Penjarakan sosial di tempat tinggal pekerja asing menuntut pengorbanan kewangan kerana majikan perlu sediakan lebih banyak tempat tinggal agar pekerja ini ada ruang untuk penjarakan sosial dan meningkatkan kebersihan.

“Di kala ini, kita semua sama ada majikan atau pekerja biasa perlu main peranan untuk membantu negara demi kelangsungan hidup kerana wabak ini telah menjejaskan kehidupan setiap orang,” kata KKM lagi.

Kluster berkaitan pekerja asing telah dikesan di beberapa negeri, dengan kluster baru adalah di sebuah tapak pembinaan yang mula menyambung operasi pada 12 Mei lalu.

Sebelum ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menasihati agar keadaan tempat tinggal pekerja asing ditambah baik untuk mengelakkan mereka menjadi lubuk penularan Covid-19.

Menteri Sumber Manusia M Saravanan turut mengumumkan penangguhan penguatkuasaan undang-undang berkaitan pemantauan tegas terhadap tempat tinggal pekerja sehingga 1 September, untuk memberi lebih masa kepada majikan membuat persediaan.

https://bit.ly/2MC7ojP
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here