George Floyd: Protes besar-besaran diadakan di serata AS

0
344

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

PERHIMPUNAN aman besar-besaran diadakan di serata Amerika Syarikat bagi membantah keganasan polis dan rasisme sempena hari ke-12 protes berikutan pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd baru-baru ini.

Berppuluh ribu orang berarak ke Washington DC di mana protes paling besar berlangsung lapor bbc.com.

Pasukan keselamatan kelihatan ditugaskan bagi menjaga ketenteraman.

Selain Washington DC, perhimpunan besar turut diadakan di New York, Chicago dan San Francisco.

Floyd yang tidak bersenjata mati kerana lehernya ditekan menggunakan lutut oleh seorang anggota kulit putih yang dikenal pasti sebagai Derek Chauvin hingga tidak dapat bernafas.

Chauvin telah dibuang kerja dan berdepan dengan tuduhan membunuh, sementara tiga lagi anggota polis yang sekadar memerhatikan kejadian tersebut turut disingkir dan dituduh bersubahat.

Selain di AS, tunjuk perasaan juga diadakan di beberapa negara, termasuk UK, Australia, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here