Mampukah industri perfileman Malaysia bangkit setanding Korea Selatan

0
792

Oleh Zaki Abdul Rahim

KUALA LUMPUR — Pengarah filem veteran Korea, Kim Tai Sik, akan muncul sebagai pengarah tamu program sembang atas talian, ‘International Reaching Out’ anjuran Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) pada pukul 3 petang ini.

Beliau akan berkongsi pengalaman industri perfileman Korea dari sudut pengarahan/penerbitan yang pastinya tidak dapat disangkal lagi kejayaan mereka amat dicemburui penggiat skrin kreatif nusantara.

Program anjuran FDAM ini mendapat sokongan daripada Seoul Foundation for Arts & Culture. Kim Ji Hun yang berpusat di Tokyo akan bertindak sebagai penterjemah manakala Ahli Majlis Kerja (AMK) FDAM Sofia J Rhyland yang juga pengarah dan penulis skrip popular akan menerajui sembang tiga penjuru bertaraf global ini.

Pengarah terkenal Korea ini mencipta nama apabila filem cereka pertamanya, ‘Driving With My Wife’s Lover’ (2007) muncul sebagai cerita kecil bertemakan komedi hitam (black comedy) dengan pendekatan filem kembara (road movie) namun tampil sebagai naskah cerita kreatif berjiwa besar yang amat menghibur dan mengajar.

Pengarah Kim Tai Sik mulanya mengambil kursus perfileman di Seoul Institute of Arts sebelum kemudiannya sangat terdorong oleh gaya pemikiran naratif filem Jepun yang mendominasi sinergi pemikiran pasca perang malahan pada ketika era filem bisu (silent age) nama-nama pengarah ikonik seperti Akira Kurosawa, Yasujiro Ozu dan Toshio Matsumoto yang sentiasa mengangkat perjuangan ninja, kehidupan atasan pembesar zaman fuedal sekali gus budaya moral pahlawan samurai yang lebih baik mati daripada maruah diri serta negara diinjak musuh.

Namun sebaik pulang menimba ilmu filem di Tokyo, Kim berjuang memberi identiti baharu pada gaya pemikiran dalam kandungan cerita Korea di samping membudayakan nilai kehidupan masyarakat Korea Selatan yang ironi nya bergelut untuk menjadi lebih baik dari kehidupan komunis Korea Utara.

Stigma peperangan telah menyerapi budaya kerja dan cara fikir pengarah filem Korea dengan ramuan plot dramatik yang menyantuni komitmen serta inspirasi kerajaan mengharumkan jenama Korea di mata dunia.

Untuk rekod, filem ‘’Driving With My Wife’s Lover’ arahan Kim Tai Sik telah meraih 9 anugerah terbaik festival perfileman tempatan dan antarabangsa termasuk di Sundance Film Festival World Cinema Competition 2007 sekali gus saban kali dijemput untuk menyertai forum apresiasi filem tersebut di 30 negara dunia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here