Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim (kiri) menerima sumbangan daripada wakil Rimbawan, Prof.Dr.Razali Abdul Kadir sambil diperhatikan oleh Tan Sri Arshad Ayub di Shah Alam.

ALUMNI Perhutanan Institut Teknologi Mara (ITM) 1968 – 78 (Rimbawan) telah menyumbang RM25,000 bagi pembinaan Kompleks Arshad Ayub milik Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam.

Sumbangan itu disampaikan kepada Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim oleh wakil Rimbawan, Prof.Dr.Razali Abdul Kadir.

Razali mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Alumni UiTM (PAUITM) yang berjaya menganjurkan majlis ringkas tetapi amat besar dan bermakna itu.

“Terimakasih saya ucapkan kepada pihak PAUiTM. Program ini amat bermakna dalam konteks mendorong alumni memupuk semangat mengenang jasa (gratitude) kepada ITM amnya dan Tan Sri Arshad Ayub khasnya dalam mendidik kami menjadi rakyat yang mempunyai kelulusan profesional (diploma) dan membina sahsiah diri (personality) yang positif.

“Juga menjadi orang yang berguna kepada keluarga, bangsa, agama dan tanah air (ABATA).

“Rimbawan berharap PAUITM yang menggerak langkah-langkah awal dalam perjalanan panjang penuh cabaran berjaya mengumpul dana RM 140 juta membina Arshad Ayub Graduate Business School yang sehebat Harvard Business School,” tambah beliau.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here