Syarikat penerbangan Jerman Lufthansa rancang henti 22,000 pekerja

0
705
FOTO: Wikimedia Commons/Grogri / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Fetty Rara

SYARIKAT Penerbangan Jerman Lufthansa akan menghentikan sejumlah 22,000 pekerja ekoran pergelutan dengan kemelesetan sektor penerbangan yang terkesan oleh wabak Covid-19.

Syarikat tersebut yang meramalkan pemulihan amat perlahan untuk kembali kepada sokongan mantap perkhidmatan juga dijangka menyetujui beberapa cadangan yang diusulkan oleh pihak kesatuan sekerja menjelang 22 Jun ini, lapor bbc.com.

Selain itu Lufthansa juga bercadang untuk meminimumkan waktu bekerja dan menyetujui pelaksanaan beberapa strategi melalui perjanjian krisis bagi mengekalkan seramai mungkin pekerja.

Lufthansa mempunyai seramai 135,000 pekerja di serata dunia dengan separuh daripadanya berpangkalan di Jerman.

Pengarah sumber manusia Lufthansa Michael Niggeman berkata tanpa melaksanakan pengurangan kos pekerja ketika berdepan dengan krisis, syarikat tersebut akan terlepas peluang untuk diselamatkan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here