Alumni, TP1B sumbang dana Kompleks Arshad Ayub

0
790

SHAH ALAM — Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), yayasan di bawah Persatuan Alumni UiTM Malaysian (PAUiTM) menyalurkan sumbangan kewangan bagi pembinaan Kompleks Arshad Ayub di tapak lama Kolej Kediaman Jati di Seksyen Dua di sini.

Yang hadir menyampaikan sumbangan adalah Ahli Lembaga Pemegang Amanah TP1B, Datuk Abdul Razak Abdul, Pengerusi Eksekutif Ladang MOCCIS Sdn.Bhd.,Datuk Ahmad Sobri Wan Teh dan Wakil Alumni Diploma Perhutanan ITM 1968-78 (Rimbawan), Prof.Dr.Razali Abd.Kader.

Pihak TP1B dan Ladang MOCCIS Sdn.Bhd. masing-masing menyumbang RM50,000 manakala Rimbawan menyumbang sebanyak RM25,000 serta sumbangan pihak lain yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Hadir menerima kesemua sumbangan tersebut adalah Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dan disaksikan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub sendiri.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here