Anwar Menggugat Mahathir?

4
360

Oleh Yahaya Ismail

ANWAR IBRAHIM disintuklimau masuk UMNO, menjadi pemimpin dan menteri sampai  tahap timbalan perdana menteri merangkap timbalan presiden UMNO oleh Mahathir.

Mahathir merhaban dengannya kerana menganggap dia seorang pejuang Islam nombor wahid, retorikanya membakar semangat, mengejutkan ayam dan itik.

Lagi pula dia dikenali ramai para pemimpin Islam dari berbagai pelusuk dunia selain berjinak dengan para pemimpin Barat khasnya AS dan puak Zionis. Inilah aset peribadi Anwar yang menarik perhatian Mahathir.

Bila menjadi anak emas Mahathir Anwar yang sebenar mula kelihatan. Seperti kaduk naik junjung dia merasai lebih hebat dan lebih popular dari Mahathir yang ‘mandi bungakannya’.

Para juak-juaknya, macai dan badut, parasit-parasit menjaja nama Anwar sebagai bakal PM.

Anwar tubuhkan sel-sel pemujaannya dalam UMNO, kalangan berbagai NGO, kakitangan kerajaan, GLC di samping kalangan para pelajar universiti untuk menatang, mendewakannya sebagai bakal PM.

Sebagai PM merangkap Menteri Dalam Negeri, Mahathir dapat mencium agenda sulit Anwar untuk menyingkirkannya.

Berbagai laporan dari SB dan juga para pemimpin UMNO yang berpihak pada Mahathir mendedahkan komplot Anwar. Mahathir tidak perlu memerangkap Anwar untuk menyingkirkan bekas pemimpin ABIM itu. Anwar sendiri terjebak dalam kegairahannya sendiri.

Anwar merancang tapi Allah menentukan segala. Mahathir terkejut bila mengetahui ‘selera’ Anwar yang luar luar.

Sebenarnya Mahathir sukar menerima berbagai laporan negatif terhadap orang pilihannya.

Dia sendiri mahu interbiu mencari jawapan. Akhirnya dia sendiri terbeliak.

Tidak disangka pejuang Islam, bekas presiden ABIM, bekas imam dan pembaca khutbah rupa-rupanya seorang yang super tegar.

Tapi Mahathir masih sayangkan Anwar. Dia minta Anwar tinggal di luar negara selama dua tahun untuk meredakan berita yang menggemparkan rakyat, para lebai dan haji serta menimbulkan kontroversi dalam politik. Anwar memberontak, tuduh Mahathir hendak menyingkirkannya. Semua fitnah, kata Anwar.

Tapi kuasa Allah mengatasi kuasa hambaNya. Dia dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan meliwat Sukma, adik angkatnya dari Indonesia, Azizan, drebar Wan Azizah dan Munawar, penulis ucapannya berbangsa Pakistan berusia 50 tahun. Walau pun dia melahirkan reformasi jalanan yang melakukan demonstrasi namun segala-galanya sia-sia belaka.

Anwar, pejuang Islam, bekas timbalan perdana menteri merangkap menteri kewangan, rupa-rupanya mempunyai konflik moral.

Maka berlabuhlah dia di Sg. Buloh sebagai banduan. Angan-angan menjadi PM berkecai. Dendam membara terhadap Mahathir.

Mungkin dendam itu masih membara sampai hari ini.

 

Pandangan yang dibebaskan di sini adalah sepenuhnya oleh penulis/kolumnis/penyumbang ini dan tidak semestinya mewakili pandangan bebasnews.my. – EDITOR
Please follow and like us:

4 COMMENTS

  1. Pak Yahya Ismail ni tak habis-habis jadi batu api. Rambut dah putih, muka dah mula naik kedut, kubur semakin melambai dekat ingin menyambut. . . Isilah nafas-nafs mu dengan istigfar wahai Pak Yahya. Huduh sangat wajah seorang dewasa untuk dijadikan teladan oleh generasi baharu yang penuh dengan kata nista dan ejekan. Tutuplah pengakhiran hidup mu dengan kalimah-kalimah yang baik dan boleh dijadikan teladan. Binalah generasi baru yang baik menerusi coret-coret tulisan mu. . .

  2. Cerita basi . Fikiran masih dilanuni caption2 lama, biarkan tok yah taksub dgn rekaan tulisan . Gen Y dah pandai2 nilai !!

  3. Pernah baca buku beliau… low quality…fakta berulang…yg ditulis ini benda lama….mcm tiada benda baru nak ditulis

  4. bodoh x reti mndamaikan, suka sensasi kubur dah kata mari… perkuatkan kesatuan hati pemimpin2 negara bukan otak pikir nak popular diri sendiri n dgn melaga2kan pemimpin- bntk yg dah lapuk lama jadi wartawan tapi otak masih bersarang yahudi/penjajah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here