Dr Noor Hisham lega dapat luang masa kembali melakukan pembedahan

    0
    926

    Oleh Fetty Rara

    IKON popular sepanjang PKP Covid-19 Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang setiap hari memberi taklimat harian mengenai Covid-19 berasa lega kerana akhirnya dapat meluangkan untuk melakukan pembedahan.

    “Pagi ini saya dapat meluangkan sedikit masa untuk melakukan pembedahan tiroidektomi ke atas seorang pesakit yang mengalami multinodular goitre bahagian kanan.

    Beliau berkata memang sungguh menyegarkan berubah keadaan kembali berada di bilik bedah untuk melakukan rutin beliau sebagai doktor bedah dan dikelilingi semua petugas.

    Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata setiap hari memberikan pengajaran kepada petugas barisan hadapan dan beliau tidak lupa memberi penghormatan kepada mereka di atas segala kepintaran, kekuatan dan daya kreativiti sewaktu bertugas.

    Bagi beliau sepanjang rentetan krisis pandemik Covid-19 banyak pengajaran berharga diperoleh tentang semangat perpaduan dan solidariti untuk bersaling hubung antara satu dengan lain secara terbaik dan seterusnya bersama-sama mencetuskan idea-idea baharu serta inovasi.

    Menurut Dr Noor Hisham Malaysia kini berada di fasa pemulihan dan cabaran sebenar telah bermula bagi semua penduduk Malaysia untuk mematuhi SOP.

    Dr Noor berkata rakyat mampu merealisasikan apa yang dianggap mustahil kerana kini ada harapan untuk menamatkan penularan jangkitan Covid-19.


    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here