43 kes jangkitan baharu Covid-19, 1 kematian

0
510

PUTRAJAYA — Satu korban baharu berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban seramai 120 orang.

Dalam perkembangan sama, 43 kes jangkitan baharu dilaporkan, menjadikan keseluruhan mangsa yang dijangkiti 8,445 sehingga kini.

“Ingin dimaklumkan daripada 43 kes baharu yang dilaporkan, 5 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 4 warganegara Malaysia dan 1 bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

“Daripada 38 kes penularan dalam negara, 23 kes adalah bukan warganegara, manakala 15 kes adalah dalam kalangan rakyat Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media di sini, hari ini.

Ketika ini, seramai 1,014 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 4 di unit rawatan rapi dan tiada daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Hisham mengumumkan 143 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 7,311 orang sehingga kini.

https://bit.ly/2MSPZDH

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here