Syed Ali Al-Habshee dilantik Pengerusi PPZ-MAIWP

0
669

KUALA LUMPUR — Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumumkan pelantikan Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa bulan ini.

PPZ-MAIWP dalam kenyataannya berkata, Syed Ali Al-Habshee menggantikan Datuk Che Mat Che Ali yang tamat perkhidmatan pada 31 Mei lalu.

Syed Ali Al-Habshee, 58, sebelum ini menyandang jawatan penting di beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Pengerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Ahli Lembaga Pengarah Technology Park Malaysia.

Beliau yang berkelulusan diploma dalam Kepimpinan dan Pengurusan dari New Zealand Institute of Management, juga aktif dalam bidang sosial.

“PPZ-MAIWP yakin Syed Ali dapat memikul amanah dalam menyebarluaskan dakwah zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan zakat di Wilayah Persekutuan setiap tahun,” kata kenyataan itu.

– BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here