[VIDEO] Pelumba Cub Prix, Mohd Hafiz Nor Azman maut

0
301

KUALA LUMPUR: Seorang pelumba Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2018, Mohd Hafiz Nor Azman maut selepas dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan di Bandar Penawar, Kota Tinggi dekat sini, petang semalam.

Pemergian Mohd Hafiz itu disahkan Malaysian Cub Prix yang memuat naik gambar pelumba muda berusia 22 tahun itu menerusi laman rasmi Facebook mereka, kira-kira 8.45 malam ini.

Terdahulu, khabar angin mengenai pemergian Allahyarham beserta video berdurasi 42 saat yang dipercayai menunjukkan detik-detik akhir sebelum terjadi kemalangan menjadi tular di laman sosial Facebook sejak petang semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=imHwUiuTofg

Berdasarkan beberapa status dimuat naik oleh orang ramai, Allahyarham dipercayai terbabit dalam kemalangan itu sewaktu menyertai perlumbaan akhir kategori CP150.

Mohd Hafiz merupakan anak kepada bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus.

Pada tahun ini, Allahyarham yang mewakili Petronas Racing Team-CKJ, menggalas tanggungjawab sebagai pelumba harapan pasukan berkenaan dalam kategori CP150.

— BERNAMA
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here