KANGAR — Perlis memberi kelonggaran jemaah berumur 60 tahun ke atas menunaikan solat Jumaat dan solat 5 waktu bermula Sabtu ini

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkata, kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) itu dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin bin Tuanku Syed Putra Jamalullail.

“Setelah mengambil kira keadaan dan suasana terkini fasa pemulihan penularan pandemik Covid-19 serta pengekalan 72 hari tanpa penambahan kes positif baru sejak 7 April di negeri Perlis, maka Raja Perlis berkenan memberi kelonggaran,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Belaiu berkata, selain itu, kelonggaran turut diberikan kepada pesakit kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya dengan syarat sihat tubuh badan.

“Memandangkan kelonggaran tersebut, maka SOP jarak sosial 2 meter dikekalkan, namun pengurangan jarak bakal dipertimbangkan secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata, kuliah maghrib dan subuh dibenar untuk dilaksanakan seminggu sekali selama 30 minit oleh guru takmir yang akan diselaraskan pelaksanaannya oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.

Syed Faizuddin berkata, pemakaian kebenaran ini adalah terhad kepada masjid di seluruh negeri Perlis sahaja dan tidak melibatkan surau.

“Sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa bergantung harap kepada Allah SWT dan janganlah mudah alpa serta hendaklah bersiap siaga menghindari ujian ini daripada berulang mendatangi kita. Semoga segala usaha dan ikhtiar kita diperkenankan oleh Allah SWT,” katanya.

https://bit.ly/3fJLx6N
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here