Kebenaran majlis perkahwinan diketahui Rabu, kata Ismail

    0
    441

    PUTRAJAYA — Kebenaran untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan diketahui pada Rabu ini.

    Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas menteri esok.

    “Saya menerima pertanyaan dan permohonan daripada syarikat menguruskan majlis perkahwinan. Mereka mengadu menghadapi masalah pendapatan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

    “Hari ini, perkara ini dibentangkan mengenai cadangan yang berkaitan kebenaran mengadakan majlis perkahwinan. Perkara ini akan dibincang secara teliti dalam mesyuarat khas menteri esok.

    “Apa yang dibincangkan bukan saja soal kebenaran mengadakan majlis, tetapi prosedur operasi standard (SOP) dan jumlah kehadiran.

    “Adakah setakat 250 (tetamu) dibenarkan atau lebih lagi,” katanya pada sidang media hari ini.

    Beliau turut memaklumkan, semua pusat rawatan Islam dan tradisional dibenarkan beroperasi.

    Polis tahan 97 individu langgar PKPP

    Pada hari ke-13 penguatkuasaan PKPP semalam polis menahan 97 individu atas beberapa kesalahan melanggar perintah tersebut.

    Ini termasuklah kesalahan menghadiri pusat hiburan dan rumah urut.

    “41 mereka ditahan kerana hadir ke pusat hiburan, 12 daripadanya hadir ke rumah urut dan 44 melakukan aktiviti menyukarkan penjarakan sosial,”katanya.

    https://bit.ly/3fJwhqo
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here