Tiada rakyat Malaysia dalam 13 kes penularan tempatan

0
460

PUTRAJAYA — Tiada rakyat Malaysia dalam 13 kes penularan Covid-19 dalam negara yang dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 13 kes itu antara 15 kes jangkitan baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.

“Dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Mangsa terbaru Covid-19 ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 8,587 orang.

Ketika ini, seramai 289 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 2 berada di unit rawatan rapi.

Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian sehingga kini kekal 121 orang.

Hisham juga melaporkan 21 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,177 orang sehingga kini.

https://bit.ly/2YZWYQG

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here