Arab Saudi: Haji 2020 dibenarkan dengan jumlah jemaah terhad

Hanya jumlah terhad jemaah terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan yang tinggal di Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan ibadah Haji.

1
1335
FOTO: Wikimedia Commons/Al Jazeera English / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

Oleh Fetty Rara

RIYADH –- Ibadah haji akan diteruskan bulan depan tetapi dengan jumlah jemaah dihadkan.

Menurut kerajaan Arab Saudi keputusan tersebut dibuat memandangkan ancaman wabak Covid-19 masih serius dan pihak Kementerian Haji dan Umrah berasa amat perlu memastikan bahawa ‘kesihatan global dijaga’.

Sehubungan itu, jumlah jemaah yang dibenarkan menunaikan ibadah haji hanya akan terdiri daripada warga negara Arab Saudi, termasuk bukan warganegara yang tinggal di negara itu, lapor Arab News.

Tahun lalu, kira-kira 2.5 juta jemaah menunaikan Haji, tetapi pada tahun ini oleh sebab impak dan keadaan wabak Covid-19 yang merebak di serata dunia maka pergerakan untuk ke Tanah Suci mengekang hasrat ramai penduduk dunia untuk menunaikan ibadah tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, “Hanya jumlah terhad jemaah terdiri daripada pelbagai kewarganegaraan yang tinggal di Arab Saudi akan dibenarkan menunaikan ibadah Haji.

“Keputusan ini dibuat bagi memastikan ibadah Haji dilakukan selaras dengan sudut penjagaan kesihatan awam melalui pematuhan kepada langkah-langkah pencegahan serta protokol penjarakan sosial yang perlu.”

Lebih 1.8 juta jemaah dari seberang laut mengunjungi Arab Saudi pada tahun lalu untuk mengerjakan ibadah Haji, tetapi pada tahun ini risiko penularan Covid-19 di antara negara dan kadar jangkitan yang tinggi secara global bermakna risiko amat tinggi.

Kementerian itu seterusnya berkata keutamaan kerajaan Arab Saudi ialah bagi membolehkan semua jemaah mengerjakan Haji dan Umrah dengan selamat dan terkawal.

Majlis Ulama Kanan Arab Saudi semalam berkata mereka menyokong keputusan tersebut kerana ia adalah perlu bagi menjaga kesihatan dan keselamatan.

Sementara itu, Menteri Awqaf Mesir, Mohamed Mokhtar Gomaa berkata memandangkan penularan pandemik Covid-19, negara tersebut turut menyokong keputusan Arab Saudi menghadkan jumlah jemaah Haji yang turut mengambil kira kewarganegaraan mereka.

-BebasNews

Please follow and like us:

1 COMMENT

  1. Syukur alhamdulillah, walaupun jumlahnya terhad namun umat Islam dapat juga menunaikan ibadah haji di kota suci ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here