Subky Latif meninggal dunia

0
772

BEKAS wartawan kanan dan veteran PAS, Subky Latif dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan oleh anak-anaknya menerusi satu hantaran di Facebook.

“Dukacita ingin dimaklumkan ayahanda kami Subky Abdul Latif telah pun menghembuskan nafas terakhir.

“Segala salah dan silap mohon diampunkan. Doakan arwah ditempatkan bersama para Nabi, sahabat, orang-orang soleh. Amin,” kata mereka.

Allahyarham dilapor menghembuskan nafas terakhir dengan ditemani oleh isterinya, Naznah Taha dan semua anak-anaknya.

Allahyarham dikatakan sudah sekian lama uzur tetapi masih aktif menulis, khususnya untuk Harakahdaily. Dia dikatakan menghidap sakit myelodyplastic syndrome (MDS) atau pre-leukimia.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Bilal bin Rabah di Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatus Sakinah selepas solat asar.

https://bit.ly/2YTRSpi
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here