12 staf pejabat pos di Jerman sakit terhidu bau durian

0
564

PANIK… Lebih 60 petugas sebuah pejabat pos di bandar Schweinfurt terpaksa dikerah segera keluar bangunan apabila sedozen rakan mereka jatuh sakit tiba-tiba akibat terhidu bau durian.

Media Jerman melaporkan, insiden aneh tersebut meletus di negeri Bavaria itu pada Sabtu lalu apabila pejabat berkenaan terima satu bungkusan berisi buah terbabit dari seorang pelanggan.

Ia dialamatkan kepada rumah seorang rakannya di Nuremberg; bandar kedua terbesar di negeri tersebut selepas ibu kota Munich dan terletak kira-kira 100 kilometer di tenggara Schweinfurt.

Sepasukan anggota bomba, polis dan kumpulan perubatan bergegas dihantar ke pejabat pos itu selepas 12 pekerja perkhidmatan kurier tempatan berkenaan mengadu mual serta sakit kepala.

Enam petugas pos terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital berhampiran untuk rawatan lanjut dan siasatan awal pihak polis mendapati bungkusan itu hanya ada empat biji durian Thailand.

Suasana panik jelas kelihatan di sekitar pejabat pos tersebut apabila enam buah ambulans, lima jentera bomba dan dua kenderaan kecemasan polis mengepung sekeliling bangunan terbabit.

Jurucakap polis Schweinfurt dalam kenyataan media memaklumkan bahawa setelah berasa keadaan terkawal selamat, durian itu kemudian terus dihantar ke alamat pelanggan tersebut.

“Ada pertugas menerima rawatan di lokasi insiden sebagai langkah pencegahan awal, namun setakat ini tiada peraturan khusus yang larang durian daripada dipos,” tambah pihak polis lagi.

Tahun lalu, raja buah rantau Asia Tenggara itu pernah jadi berita tular apabila bau durian disalah sangka sebagai kebocoran gas berbahaya di perpustakaan University of Canberra di Australia.

Kebanyakan hotel di Barat tidak benar durian dibawa masuk ke bilik penginapan kerana bimbang ganggu pelanggan lain mungkin salah faham aroma tengik buah itu sebagai bau stoking busuk.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here