Singapura adakan pilihan raya

0
687
FOTO: Wikimedia Commons/World Economic Forum / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/2.0)

SINGAPURA — Singapura hari ini membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum pada 10 Julai ini dengan Perdana Menterinya Lee Hsien Loong berkata negara itu boleh melaksanakan “pilihan raya yang teratur dan selamat” berikutan situasi COVID-19 yang sudah agak stabil.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Jun, demikian menurut Pejabat Perdana Menteri.

Presiden Singapura Halimah Yacob, atas nasihat Lee, membubarkan Parlimen dan mengeluarkan writ pilihan raya.

Lee yang bercakap secara langsung menerusi televisyen tempatan berkata beliau memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum kerana situasi COVID-19 secara relatifnya sudah stabil dan pilihan raya umum itu akan membuka laluan serta memberikan mandat kepada kerajaan baharu.

Pilihan raya umum itu akan menyaksikan pemilihan 93 ahli parlimen (MP), iaitu pertambahan berbanding 89 MP sebelum ini.

Wakil-wakil tersebut adalah untuk 14 Kawasan Pilihan Raya Kerusi Tunggal (SMC) dan 17 Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC).

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here