Presiden mesti tahu main hoki — Maninderjit  

0
528

Oleh TL ANG

KUALA LUMPUR — Bekas pemain hoki negara, Maninderjit Singh berharap mana-mana calon yang berhasrat memegang jawatan presiden persatuan hoki kebangsaan mestilah tahu bermain hoki dan pernah berkecimpung dalam sukan itu paling kurang sepuluh tahun.

”Kalau mahu jadi presiden itulah yang diperlukan termasuk nilai komersial kepada sukan hoki,” katanya yang telah mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sydney 2000.

Dengan keperluan sebegitu, persatuan akan memiliki seorang pentadbir bertenaga dengan fahaman teknikal tinggi.

”Sekarang kita mempunyai pemimpin berlatarbelakangkan politik dengan fahaman teknikal yang amat terbatas,” katanya.

Dalam keadaan sebegini, Maninderjit menggeruni jika sebarang tindakan atau keputusan dibuat akan menghasilkan banyak impak yang boleh dipertikaikan.

Di samping cemerlang sebagai pemain, Maninderjit juga diberi mandat sebagai Pengurus Besar Persekutuan Hoki Malaysia (MHF) dan Setiausaha Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dari tahun 2009 hingga 2012.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here