Covid-19: Ujian vaksin ke atas manusia bermula di UK

0
449
FOTO: Imperial College, London.

Oleh Fetty Rara

UJIAN vaksin Covid-19 baharu ke atas beberapa orang sukarela di United Kingdom telah bermula.

Kira-kira 300 orang akan diberikan vaksin tersebut dalam beberapa minggu akan datang sebagai sebahagian daripada sesi ujian yang diketuai oleh Profesor Robin Shattock dan kumpulannya di Imperial College, London University, lapor bbc.com.

Sebelum ini ujian yang dilakukan ke atas haiwan mendapati bahawa vaksin tersebut positif dan mengaktifkan sistem tindak balas imun berkesan.

Selain itu, kumpulan pakar di Oxford University juga telah memulakan ujian ke atas manusia.

Kedua-dua sesi ujian itu adalah antara beberapa kajian yang merangkumi kira-kira 120 program vaksin di serata dunia.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here