Olympus keluar daripada bisnes kamera setelah 84 tahun

Suatu hari kelak akan menyaksikan juru foto profesional tidak lagi menggunakan kamera DSLR, tetapi hanya menggunakan kamera telefon pintar.

0
501
FOTO: Wikimedia Commons/Robert S. Donovan from Adams, NY, USA / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

OLYMPUS, yang pada suatu ketika merupakan jenama kamera terbesar di dunia akan menjual sebahagian daripada kepentingan perniagaannya setelah 84 tahun.

Firma tersebut berkata walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun mereka mendapati pasaran kamera digital tradisional tidak lagi menguntungkan.

Menurut syarikat itu kemunculan kecanggihan kamera pada telefon pintar telah menyusut pasaran kamera, lapor bbc.com.

Olympus merekodkan kerugian selama tiga tahun berturut-turut.

Syarikat tersebut mengeluarkan kamera pertamanya pada 1936 setelah menumpukan kepada pengeluaran alat mikroskop.

Kamera Olympus pertama, iaitu Semi-Olympus I yang menggunakan bahagian penghubung lensa fabrik boleh dilipat pada masa itu amatlah mahal untuk dimiliki oleh orang kebiasaan.

KAMERA filem jenis compact/ Foto: Wikimedia Commons/D. Meyer / CC BY-SA (http://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0/)

Selepas mengeluarkan model kamera pertamanya itu Olympus terus menumpukan usaha kepada penghasilan kamera selama beberapa puluh tahun hingga muncul sebagai antara syarikat terkemuka dari segi penguasaan pasaran.

Setelah teknologi fotografi berganjak daripada penggunaan filem kepada format digital Olympus turut tidak ketinggalan bergerak bersama perubahan zaman.

Syarikat tersebut, bagaimanapun, lebih menumpukan kepada penghasilan kamera tanpa cermin (mirrorless) untuk pasaran pertengahan, iaitu kelompok pengguna yang bukannya juru foto serius tetapi masih mahukan kamera yang tinggi sikit kualiti berbanding kamera amatur yang murah.

Lama-kelamaan dengan kepesatan teknologi sektor kamera tanpa cermin dan kamera jenis DSLR separa profesional turut ke belakang dengan kemajuan yang dihasilkan dalam telefon pintar.

Menurut statistik pasaran kamera dunia telah merosot dengan serius hingga sebanyak 84% di antara 2010 hingga 2018.

Bagi Olympus, jangkaan teknologi yang tersalah sasar hanya memudaratkan diri hingga akhirnya terpaksa menutup divisyen kameranya.

Dalam pada itu kecanggihan telefon pintar dengan teknologi kamera semakin maju yang dipadankan mungkin bermakna suatu hari kelak menyaksikan juru foto profesional tidak lagi menggunakan kamera DSLR, tetapi hanya menggunakan kamera telefon pintar.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here