SPRM tahan bekas ketua pegawai eksekutif yayasan milik kerajaan

    0
    233

    BEKAS pegawai tertinggi sebuah yayasan kerajaan berkait pihak berkuasa Islam persekutuan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak kepada sebuah syarikat bagi penganjuran satu acara berbasikal 4 tahun lepas.

    Sumber memberitahu FMT lelaki bergelar “Datuk” dan merupakan ketua pegawai eksekutif yayasan yang berpangkalan di Putrajaya itu ditahan pagi ini sebelum dilepaskan dengan ikat jamin RM10,000.

    Difahamkan lelaki tersebut melantik syarikatnya sebagai rakan strategik bagi penganjuran acara berkenaan yang membabitkan kos RM150,000.

    Penolong kanan pesuruhjaya SPRM Hasbilah Mohamad Salleh mengesahkan siasatan dibuat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

    https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/25/sprm-tahan-bekas-ketua-pegawai-eksekutif-yayasan-milik-kerajaan/
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here