Kejadian membimbangkan diisytihar di Bournemouth, UK apabila ribuan penduduk bertumpu ke pantai

0
688
KEADAAN di Pantai Bournemouth, Dorset, UK semalam.

Oleh Fetty Rara

MAJIS bandaran Bournemouth dan Poole di selatan Britain berkata mereka amat terkejut dengan apa yang berlaku setelah seorang ahli parlimen menyifatkan keadaan kesesakan di kawasan pantai peranginan sebagai paling teruk dalam sejarah United Kingdom.

Apa yang berlaku itu telah mendesak pihak berkuasa menganggap keadaan sebagai amat membimbangkan, lapor Sky TV.

Sejak awal pagi semalam hingga ke malam berpuluh ribu orang menuju ke kawasan pantai peranginan untuk berehat dan beriadah hingga menimbulkan masalah sosial ekoran kumpulan anak muda yang mabuk dan orang ramai yang tidak langsung mengamalkan SOP, termasuk penjarakan sosial.

Memandangkan keadaan tersebut polis telah menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan daripada mengunjungi kawasan-kawasan pantai yang sesak.

Arahan turut dikeluarkan kepada operator dermaga riadah seperti Boscombe Pier dan Bournemouth Pier supaya mengosongkan kawasan, sementara aktiviti perkhemahan dilarang.

Bagaimana pun pihak majlis bandaran Bournemouuth, Poole dan Christchurch mendapati sukar untuk mengurangkan jumlah orang ramai  kerana sikap tidak bertanggungjawab yang tidak mempedulikan arahan pihak berkuasa.

Bukan sekadar tidak mengambil peduli segala SOP, malahan pegawai penguatkuasaan dan polis turut diugut kerana menjalan tugas.

Britain kini berada dalam musim panas dengan suhu siang semalam dilaporkan antara 32 hingga 33 darjah Celcius yang bagi penduduk negara itu dianggap amat panas.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here