Seruan Tok Mat bubar Parlimen bukan pendirian Umno, kata Annuar Musa

0
769

KUALA LUMPUR — Seruan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menggesa Perikatan Nasional (PN) membubarkan Parlimen bukan pendirian parti itu, kata Annuar Musa.

Beliau, yang juga setiausaha kerja Umno dan setiausaha agung Barisan Nasional, berkata seruan itu “pandangan peribadi” beliau.

“Kita telah mengulangi sokongan kita pada perdana menteri,” kata Annuar, katanya merujuk kepada Umno dan BN.

“Kita sebahagian dari gabungan Perikatan Nasional dan pendirian kita kerajaan harus beri tumpuan pada masalah rakyat,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pameran kartun di Taman Botani Perdana hari ini.

Semalam, Mohamad menggesa PN membubarkan Parlimen kerana kedudukan politik Malaysia dikatakan “sangat tidak stabil”, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak Merdeka.

Mohamad berkata keadaan sekarang sangat menyukarkan kerajaan untuk meluluskan rang undang-undang yang kritikal, termasuklah membentangkan belanjawan, sedangkan negara menghadapi kemelesetan ekonomi.

https://bit.ly/3dDlKLQ
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here