Kerajaan diminta lanjutkan moratorium sehingga setahun

    0
    549

    KUALA LUMPUR — Kementerian kewangan dan Bank Negara Malaysia diminta melanjutkan tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium selama setahun berbanding enam bulan sekarang bagi membantu pekerja di sektor yang terjejas teruk dan rakyat yang kehilangan punca pendapatan.

    Menurut Ketua Pergerakan Sayap Wirawati PUTRA Malaysia, Dr. Asmah Razalli, tempoh moratorium yang ada sekarang ini tidak mampu membantu rakyat dan juga sektor yang terjejas dan kerajaan wajar mencontohi Kerajaan Thailand yang memberikan lanjutan sehingga setahun.

    Beliau dalam kenyataannya pada hari ini (Jumaat, 26 Jun) berkata: “Amatlah malang jika niat baik kerajaan untuk membantu rakyat akhirnya tidak dapat direalisasikan apabila lebih ramai para pekerja serta belia yg baru ingin memulakan kehidupan di senarai hitam mahupun diisytiharkan bankrap.

    “Tempoh moratorium bakal berakhir September ini dan rata-rata sektor terjejas serta mereka yang majoriti hilang punca pendapatan masih tidak mampu menanggung hutang kerana hilang punca pendapatan kerana masih mencari pekerjaan, mereka ini memerlukan masa setahun sebaiknya untuk pulih,” kata Dr. Asmah.

    Beliau menambah, pergerakan Sayap Wirawati PUTRA Malaysia berasa terkesan dan amat sedih dengan perkongsian statistik Jabatan perangkaan Malaysia pada 15 Jun lalu yang menyatakan sejumlah 778, 800 rakyat telah hilang pekerjaan setakat April tahun ini.

    Berikut kenyataan penuh beliau.

    Kenyataan Wirawati PUTRA
    -BebasNews
    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here