Perlu RM65,000 tapi dapat RM100,000 lebih

    0
    262
    D.J Dave (kanan) dan Nancie Foo sempat menziarah dan memberi sumbangan kepada Ooi Eow Jin yang diterima oleh isterinya, Khaw Lean Kee di Petaling Jaya hari ini.

    Oleh KHADIJAH IBRAHIM

    BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun dugaan yang melanda keluarganya, sedikitpun tidak mematahkan semangat wanita cekal ini, Datin Khaw Lean Kee.

    Bagi Lean Kee, 82, menjaga dua orang pesakit iaitu suami, Datuk Ooi Eow Jin, 82, yang menghidap Alzhemir sejak 2015 dan anak, Raymond, 56, dalam satu masa bukanlah bebanan kepadanya.

    Beliau menerima dugaan tersebut dengan hati terbuka kerana di sekelilingnya sentiasa ada individu yang sering menghulur bantuan kepada mereka sekeluarga.

    “Sejak tiga tahun lalu, setiap hari saya lalui dengan tenang dan relaks, tak suffer dalam kehidupan sebab ramai orang tolong. Saya sangat bertuah dan gembira kerana ramai orang sayang saya dan suami.

    Raymond yang menghidap barah otak akan menjalani pembedahan pada 29 Jun ini.

    “Saya mendapat kekuatan untuk menjaga suami dan anak kerana pertama, saya berdoa kepada Tuhan itu yang membuatkan saya menjadi kuat. Kedua, ramai orang sayang keluarga saya, terutama suami, ramai yang tampil bantu dia. Keluarga saya sangat bertuah dan terima kasih kepada semua yang membantu kami termasuk rakan-rakan pemuzik,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sea, Petaling Jaya hari ini (26 Jun).

    Jelas Lean Kee, Raymond yang menghidap barah otak sejak usia 14 tahun, akan menjalani pembedahan pada Isnin ini (29 Jun) dengan kos kira-kira RM65,000 yang berjaya dikumpul dalam tempoh tiga hari.

    “Kos pembedahan RM65,000 berjaya dikutip dalam tempoh tiga hari menerus akaun saya dan ada juga yang datang ke rumah memberi sumbangan. Raymond akan menjalani pembedahan, pada pagi Isnin dan Ahad ini  dia akan dimasukkan ke hospital. Raymond adalah anak sulung saya dan anak bongsu saya, meninggal dunia pada usia 23 tahun kerana leukemia.

    BBC News – UN chief ‘shocked and disturbed’ by video of car sex act in Israel
    https://www.bbc.co.uk/news/53191444

    “Walaupun saya melalui pelbagai cabaran, kehidupan saya hari ini sangat berbeza daripada dulu. Biarpun ada masalah tapi saya gembira kerana ramai yang sayang saya. Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai yang telefon nak tolong saya beli barang tapi saya lebih senang pergi sendiri,”ceritanya.

    Memandangkan beliau tidak bekerja, namun kata Lean Kee, kehidupan mereka sekeluarga bergantung kepada wang ihsan orang ramai yang tidak pernah putus menghulur bantuan.
    “Sebulan, saya memerlukan kos sekurang-kurangnya RM3,00 untuk membeli  lampin pakai buang, alas katil, vitamin serta losyen. Sehari kedua-dua mereka perlu ditukar lampin dua atau tiga kali. Lampin pula hanya satu jenama sahaja.

    “Pernah ada yang memberi sumbangan lampin tapi mereka tidak boleh pakai kerana badan menjadi gatal, terpaksa saya beri kepada rumah kebajikan yang lain,” kongsinya yang pernah menerima sumbangan sebanyak RM77,000 daripada penyanyi lagu Hijau, Datuk Zainal Abidin, dua tahun lalu.

    – BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here