AS tunda rancangan untuk buka semula ekonomi

0
382

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

LONJAKAN mendadak jumlah kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat kini memaksa beberapa negeri mengenakan kembali pelbagai sekatan, selain menunda rancangan untuk membuka semula ekonomi.

Antara negeri yang mengumumkan penundaan termasuk Texas, Florida dan Arizona.

Di Texas semua bar diarahkan supaya ditutup semula, sementara Gabenor Florida berkata beliau tidak berniat untuk meneruskan langkah pembukaan semula ekonomi.

Beberapa negeri lain, termasuk California, Nevada dan Oklahoma turut mencatatkan lonjakan tertinggi dalam sehari pada minggu ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here