Covid-19: Jumlah kes di India cecah lebih 500,000

0
310

Oleh Fetty Rara

KERAJAAN India semakin bimbang dengan kenaikan serius jumlah kes jangkitan Covid-19 di negara itu yang setakat mencecah lebih 500,000 kes.

Ini kerana sistem kesihatan negara itu kini tidak lagi mampu menangani pertambahan bilangan pesakit, lapor bbc.com.

Terbaharu, Sekurang-kurangnya 100,000 jangkitan dilaporkan dalam masa kurang seminggu.

Pegawai kesihatan berkata kadar jangkitan dilihat semakin bertambah dengan cepat apabila semalam (Jumaat) sahaja sebanyak 18,000 kes dikesan.

Negeri yang paling teruk terkesan ialah Maharashtra.

Menurut pakar memandangkan keadaan serius sekarang ini kerajaan seharusnya memberi keutamaan kepada pendekatan bagi mengurangkan kematian dan tidak lagi memberatkan usaha untuk mengekang penularan virus.

India mengenakan arahan ‘lockdown’ sepenuhnya pada Mac lalu, tetapi banyak langkah sekatan dilonggarkan pada bulan ini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here