10 kes baharu, tiada kematian Covid-19

0
415

10 KES BAHARU Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu, manakala 14 pesakit disahkan sembuh.

Jumlah kematian kekal 121 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, 2 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tetapi tiada yang memerlukan bantuan pernafasan.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,616 kes Covid-19 dengan 8,308 daripadanya sembuh.

187 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara.

Noor Hisham berkata, daripada 10 kes bahru yang dilaporkan, 4 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan 1 warganegara Malaysia dan 3 lagi pemastausin tetap yang dibenar masuk ke negara atas urusan kerja.

Beliau berkata, 6 kes penularan dalam negara, 4 merupakan rakyat tempatan dan 2 bukan warganegara.

Kes jangkitan dalam negara dalam kalangan rakyat Malaysia (4 kes) adalah seperti berikut:

  • Selangor: 1 kes saringan pra-pembedahan;
  • Kuala Lumpur: 3 kes daripada saringan pelajar tahfiz.

Manakala itu, kes jangkitan dalam negara dalam kalangan bukan warganegara (2 kes) adalah seperti berikut:

  • Negeri Sembilan: 1 kes saringan Orang Kena Tuduh (OKT) yang baru dimasukkan ke lokap:
  • Sabah: 1 kes saringan di tempat kerja.
https://bit.ly/2A6jlvs
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here