Jalan TAR semakin sempit

0
621

SUDAH berapa lamakah anda tidak berkunjung ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur? Sebenarnya Jalan TAR kini sudah menjadi semakin sempit, terutama bermula di kawasan tumpun beli-belah berhadapan kompleks Sogo sehingga ke hentian lampu isyarat menuju ke Dataran Merdeka.

Bila dan mengapa Jalan TAR di lokasi yang dinyatakan itu menjadi semakin sempit? Jawapan ternyata pengunjung akan dapat menjawab sendiri kerana ia berpunca daripada pembinaan dataran yang luas di hadapan deretan kedai.

Kerja-kerja ‘menyempitkan Jalan TAR’ itu dilihat semakin aktif bermula sejak tahun 2018 dan berlarutan dengan kerja-kerja kecil yang belum sehingga tahun 2020.

Tidak cukup dengan pembinaan dataran tersebut, maka dibina pula landskap tanaman hijau pokok dan bunga sehingga suntuk ke Jalan TAR. Keadaan itu menyebabkan laluan sehala Jalan TAR menjadi semakin sempit sehingga tinggal dua lorong sahaja untuk dilalui kenderaan ringan seperti kereta.

Persoalannya apa perlunya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan projek menyempitkan Jalan TAR itu? Apakah ianya untuk tarikan pelancong sebagai bandar raya dalam taman atau untuk memudahkan pejalan kaki?

SEBAHAGIAN daripada pemandangan Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur yang semakin sempit akibat pembinaan dataran dan landskap tanaman pokok menghijaukan suasana. – Gambar NURAIDA NAZERI (2020).

Jika sekadar untuk kemudahan pejalan kaki, memadai laluan kecil maksimum satu atau dua meter sahaja perlu dibina di hadapan deretan kedai tersebut. Berbanding sekarang binaan dataran dibina terlalu luas di hadapan kedai sehingga boleh dijadikan gelanggang sepak takraw atau tapak konsert pemuzik jalanan.

Justeru tidak pula kelihatan dimanfaatkan dataran luas itu dijadikan gerai Bazar Ramadan sebulan dalam setahun bagi memeriahkan kawasan tersebut, di samping membantu peniaga kecil bumiputera memperoleh sumber kewangan.

Apakah dataran itu tidak diluluskan oleh DBKL untuk gerai Bazar Ramadan kerana pihak berkuasa tunduk kepada bantahan peniaga deretan kedai itu yang memungkinkan terjejas perniagaan mereka?

Dahulunya terdapat Bazar Ramadan di sepanjang Jalan Masjid India, Kuala Lumpur (bersebelahan dengan Jalan TAR) yang memudahkan pengujung datang kerana terletak di lokasi laluan pengangkutan awam.

Namun oleh kerana pihak berkuasa tunduk kepada segelintir bantahan peniaga dari bangunan pusat-belah Jalan Masjid India itu, maka peniaga Bazar Ramadan dipindahkan ke atas jalan utama di Dataran Merdeka sejak 2019 yang merupakan lokasi jauh dari tumpuan utama pengunjung.

Akibatnya para peniaga Bazar Ramadan terpaksa menanggung kerugian kerana lokasi Dataran Merdeka itu agak jauh dari kawasan tumpuan umum, malah adakalanya apabila hujan lebat turut mengakibatkan tempat berkenaan terendam ‘banjir kilat.’

Pemindahan Bazar Ramadan ke pinggir Dataran Merdeka itu dilakukan ketika pemerintahahan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tahun 2018. Pada tahun 2020 tiada Bazar Ramadan di seluruh negara kerana berlaku wabak penyakit Covid-19.

Kini dalam era kerajaan Perikatan Nasional (PN), kita tunggu dan lihat apakah PN akan mengikut acuan lama PH dahulu yang menempatkan Bazar Ramadan bandar raya Kuala Lumpur di lokasi yang jauh dari lokasi tumpuan umum, selain tunduk kepada bantahan segelintir peniaga kedai di Jalan TAR atau Jalan Masjid India?

Perlu disebutkan bahawa bukan sahaja Jalan TAR yang disempitkan dengan landskap, malah Jalan Masjid India juga turut mengalamai keadaan yang sama sehingga menyukarkan kenderaan berat untuk parkir ketika mahu menurunkan barang-barang perniagaan dihantar ke kedai di situ.

Selain itu anggota Penguat kuasa DBKL kini dilihat ditempatkan di serata lokasi Jalan TAR dan Jalan Masjid India bertugas untuk mengenakan kompaun atau menarik kenderaan yang tersalah parkir berpunca daripada lokasi parkir di dahapan kedai kebanyakannya sudah ditutup dengan binaan landskap yang menyempitkan laluan kenderaan.

Untuk rekod, pada pertengah tahun 1980-an Jalan TAR pernah ditutup pada setiap petang Sabtu sehingga menjelang pukul 11 malam yang dijadikan sebagai ‘pasar malam’ di pusat bandar raya Kuala Lumpur. Selepas itu ‘pasar malam’ tersebut di pindahkan pula ke lorong belakang Jalan TAR yang diteruskan sehingga tahun 2020 dan tidak tahun kekal sampai bila?

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here