MPK didesak banteras perniagaan warga asing

0
525
Peniaga warga asing berniaga tanpa lesen di bawah kawasan pangsapuri

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Majlis Perbandaran Klang (MPK) didesak supaya segera bertindak membanteras kegiatan perniagaan secara haram di Bandar Sultan Sulaiman dan Kampung Jawa di sini.

Seorang aktivis sosial, Mohd.Azhar Osman mendakwa, kedai kendalian warga asing itu biasanya disewakan oleh pemilik atau penyewa dalam kalangan rakyat tempatan.

“Kami mendesak pihak MPK bertindak tegas terhadap pemilik premis dan warga asing yang berniaga secara haram sejak bertahun-tahun lamanya.

Pelik sekali kenapa premis perniagaan yang ditutup MPK boleh beroperasi semula di Kampung Jawa.

Aktivis Sosial, Mohd.Azhar Osman

“Kenapa peniaga warga asing boleh bebas berniaga tetapi peniaga warga tempatan pula dirampas peralatan dan barangan jualan sekiranya berbuat demikian,” kata beliau di kawasan pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman di sini.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan 99 Kebajikan 99 Insan Selangor (Kesan), Muhd.Ali Zakariah dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Hindu dan Sosial Selangor, M.Serishunmuganathan.

Mohd.Azhar menyatakan rasa hairan apabila pihak MPK boleh membiarkan peniaga warga asing berniaga kedai runcit dan membela ayam di bawah pangsapuri hingga menyebabkan kawasan sekitar busuk dan bersepah dengan sampah sarap.

M.Serishunmuganathan

Sementara itu, M. Serishunmuganathan berkata, pihak MPK patut memantau kegiatan peniaga warga asing yang tidak berlesen.

Muhd. Ali berkata MPK perlu permudahkan syarat lesen berniaga kepada rakyat tempatan tetapi bertindak tegas terhadap kepada warga asing dan pihak yang mengalibabakan lesen dan premis perniagaan mereka.

Premis kedai runcit milik warga asing yang didakwa berniaga tanpa lesen yang dikunjungi ramai golongan tersebut.
BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here