Anak Melayu jual nasi lemak di Paris – Nasi Lemak Paris

0
452

NASI lemak Paris? Kedengarannya agak janggal. Apa lagi membayangkan untuk menikmati sebungkus nasi lemak berlaukkan sambal paru atau udang petai di tengah bandar raya yang berlatarbelakangkan Menara Eiffel, kecuali jika anda membawa bekalan yang dimasak sendiri.

Namun, di tengah kerancakan media sosial yang menjadi medium utama dalam berkomunikasi, kini bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk anda menikmati hidangan nasi lemak sekiranya sedang bercuti di Paris.

Semuanya hasil kegigihan tiga anak muda Malaysia yang boleh dianggap sebagai pelopor dalam mengusahakan perniagaan makanan kegemaran rakyat Malaysia di kota yang menggamit kunjungan jutaan penduduk dunia itu.

Bercita-cita besar untuk mengusahakan perniagaan kafe makanan halal Malaysia di sana, Mohd Afizuddin Ahmad Apandi, (Affy), Al Qayyum Mafaudzil (Qayyum) dan Fauzi Azami, (Jimmy) yang masing-masing berusia 28 tahun, memulakan perniagaan itu sejak 2015.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here