Coca-Cola gantung semua iklan media sosial walaupun Facebook akan tangani isu sama

0
503
FOTO: Wikimedia Commons/Ben Franske / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0)

Oleh Fetty Rara

SYARIKAT Coca-Cola akan menggantung iklan produk dalam media sosial di seluruh dunia sekurang-kurangnya selama 30 hari berikutan desakan supaya semua platform media sosial mengambil langkah tegas berhubung post kebencian kaum dan sebagainya.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Coca-Cola James Quincey berkata seperti mana tiada ruang untuk sentimen perkauman di dunia, begitu juga di dalam media sosial, lapor bbc.com.

Sehubungan itu beliau mendesak firma-firma pengendali media sosial supaya mengambil pendirian lebih bertanggungjawab dan telus.

Tindakan Coca-Cola itu diambil susulan langkah Facebook untuk melabelkan semua post yang memudaratkan atau yang mengelirukan pengguna.

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg berkata platform tersebut juga akan mengharamkan sebarang iklan yang mengandungi dakwaan bahawa ‘kaum, etnik, kewarganegaraan, agama, kasta, pilihan seksual, jantina atau status imigresen seseorang itu’ berbahaya kepada pihak lain.

Pihak penganjur kempen #StopHateforProfit yang menuduh Facebook tidak serius menangani penularan maklumat salah dan kebencian berkata apa yang dilakukan oleh Facebook setakat ini adalah tidak memadai dan tidak berkesan.

Selain Coca-Cola lebih daripada 90 syarikat antarabangsa turut bertindak menggantung pengiklanan sebagai tanda sokongan kepada kempen #StopHateforProfit.

Kesan tindakan Coca-Cola itu menyaksikan nilai saham Facebook jatuh sebanyak 8.3% pada Jumaat, dan sekali gus menghapuskan sebanyak RM240 bilion (RM56 bilion) nilai pasaran Facebook, selain melenyapkan sebanyak RM30 bil (USD7.2 bilion) daripada nilai bersih harta peribadi Zuckerberg.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here