[VIDEO] Krisis Yemen: Lima tahun berperang, lima tahun rakyat kebuluran

0
315
SALWA antara jutaan mangsa perang sedara di Yemen.

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

USIA Salwa al Odabei sama dengan usia perang saudara di Yemen yang telah berlarutan selama lima tahun.

Anak kecil yang tidak berdosa ini mengalami kecacatan pada otak disebabkan kekurangan zat makanan yang dialaminya sejak berumur dua bulan.

Kedua-dua ibu dan ayahnya merupakan antara lebih dua juta rakyat Yemen yang terpaksa lari dari rumah dan kampung mereka untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam kancah peperangan.

Ayah Salwa kini berputus asa kerana beliau tidak lagi mampu untuk mendapatkan duit membiayai perubatan anak perempuannya itu.

Kisah Salwa dan keluarga adalah antara jutaan kisah penderitaan insan yang tidak berdosa kerana pertumpahan darah disebabkan perbezaan politik yang memperalatkan isu mazhab, antara lain.

Pada saat ini badan-badan amal memberi amaran bahawa penduduk malang di Yemen hanya menunggu masa untuk dicengkam krisis kemanusiaan dan kebuluran lebih serius jika dunia masih berlengah ke depan untuk membantu dengan lebih serius.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here