Wad perempuan Hospital Sultanah Aminah terbakar

    0
    313

    KEBAKARAN berlaku di wad perempuan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kira-kira pukul tiga petang tadi, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin.

    Sejumlah video dan gambar kebakaran di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya tiga trak bomba telah dikerahkan ke sana, sementara jururawat menjaga pesakit yang dibawa keluar.

    Menurut Astro Awani, setakat ini tiada kematian dilaporkan akibat insiden itu.

    Difahamkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba kini berada di tempat kejadian.

    HSA baru-baru ini menjadi perhatian apabila ketua pengarang portal kesihatan CodeBlue, Boo Su-Lyn disiasat susulan beberapa artikel berkenaan penemuan laporan siasatan bebas terhadap kebakaran di hospital itu empat tahun lalu, yang meragut enam nyawa.

    https://www.malaysiakini.com/news/532152

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here