Ubah Nama George Town Ke Tanjong Penaga

0
970

Oleh Dato A Murad Merican

PULAU Pinang memerlukan sejarah baharu. Bagi memenuhi Hasrat tersebut, beberapa nama tempat dan nama tokoh mesti diabadikan dan diabadikan semula setelah sekian lama terabai dan dipadamkan.

Pertama: Nama Pulau Pinang mesti dikekalkan, dan bukan “Penang,” dalam semua urusan;

Kedua: Tanjong Penaga dikembalikan untuk menggantikan nama George Town, sebagai nama tempat dan ibu negeri Pulau Pinang;

Ketiga: Bagan Tuan Kechil dikembalikan untuk menggantikan nama Butterworth di Seberang Perai;

Keempat: Nama-nama peneroka awal Pulau Pinang seperti berikut: Nakhoda nan Intan Tuanku Patis nan [email protected] Muhammad Salleh; Dato’ Jenaton; Nakhoda [email protected] dan Dato’ Setia di abadikan pada nama tempat (contoh jalan, dan bangunan).

Kita memerlukan satu sejarah baharu, bukan hanya harapan baharu. Ilmu sejarah Pulau Pinang berlandaskan kepada citra budaya dominan arus perdana Pulau Pinang pada masa itu. Dan ia begitu keras menafikan sejarah Pulau Pinang wujud sebelum 1786. Mungkin hal ini kian akan lentur pada masa depan dengan arus perdana baru Malaysia jika tidak ada suara dan Tindakan sewajarnya kearah itu.

Percaturan kehidupan sehari-hari dan paparan simbol, dan pernyataan tidak menampakan Melayu dan keMelayuan, terutama di Tanjong – ‘George Town’ adalah nama kolonial yang tidak wujud dalam kesedaran seharian orang Pulau Pinang, dan ‘Penang’ adalah pemesongan nama kepada ‘Pulau Pinang.’ Memori kolektif dalam nama “Tanjong” dan “bagan” kekal hingga kini.

Kenapa fakta-fakta tentang sejarah Pulau Pinang tidak diketahui umum dan tidak menjadi sebahagian daripada pengetahuan arus perdana? Keadaan ini berlaku kerana kejahilan sebahagian besar golongan-golongan yang berpengaruh dalam masyarakat. Golongan itu jahil, dan tidak. Mereka maklum tetapi dalam penafian.

Golongan ini bergantung kepada Francis Light bagi meraikan dan meriakkan susurgalur dan budaya dominan, idea asal-usul dan kesahihannya mengenai perkembangan masyarakat majmuk di wilayah yang digelar sebagai ‘Georgetown.’

Terhakisnya nama ‘George Town’ maka akan terhakislah juga ‘riak kecil’ persejarahan arus perdana yang ada sekarang. Kononnya, Francis Light membawa tamadun ke Pulau Pinang. Segala wacana yang merujuk kepada zaman sebelum 1786 disifatkan sebagai ‘pra-sejarah’ Pulau Pinang.

Dengan itu, satu pengikitrafan perlu dalam mengembalikan keaslian ruang asal. Jika nama-nama seperti Nakhoda nan Intan, Dato’ Jenaton, Nakhoda Kecil, dan Dato’ Setia diketahui sebagai peneroka awal Pulau Pinang sebelum tahun 1786, nama-nama itu tidak kelihatan dan diabadikan pada nama jalan atau bangunan. Nama jalan sempena Mufti Pulau Pinang Sheikh Omar Basheer (1860an) pun tidak kelihatan.

Peneroka-peneroka awal tersebut yang membina masyarakat dan tamadun awal di Pulau itu. Masa itu, 1730 dan 40an telah wujud kosmopolitanisme di Batu Uban dan Tanjong.

UNESCO akan patuh kepada sentimen tempatan. Nama tempat dan jalan kolonial perlu dipadamkan. Jika orang putih boleh tukar nama asal tempatan, kenapa kita tidak gantikan kepada nama asal? Siapakah yang menghalang kita selepas lebih 62 tahun merdeka? Lupakan 1786.

https://www.change.org/p/pengerusi-majlis-bandaraya-pulau-pinang-ubah-nama-george-town-ke-tanjong-penaga

* Profesor Dato’ A Murad Merican, Profesor, Institut Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarbangsa, dan Profesor Pelawat, Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia, Minden/Bukit Tok Jenaton, Pulau Pinang.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here