Hebei: China kenakan ’lockdown’ ke atas 400,000 penduduk kerana lonjakan virus berhampiran Beijing

0
446

Oleh Fetty Rara

CHINA mengenakan kembali perintah ‘lockdown’ berhampiran Beijing membabitkan kira-kira 400,000 penduduk setelah lonjakan jumlah jangkitan Covid-19 dikesan.

Sebelum ini selepas wabak Covid-19 tercetus di China pada penghujung tahun lalu, negara tersebut telah berjaya mengawal keadaan.

Bagi mengelak ombak kedua wabak itu pihak berkuasa mengambil serius walaupun berlaku lonjakan kecil jangkitan,lapor bbc.com.

Bagaimana pun, semalam diumumkan bahawa wilayah Anxin di Hubei akan diletakkan di bawah perintah ‘lockdown’ .

Dengan kawalan sekatan terbaharu itu hanya pekerja penting sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah, sementara seorang sahaja anggota keluarga dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan.

Bukan penghuni tidak dibenarkan untuk memasuki bangunan, komuniti atau kampung.

Polis akan mengambil tindakan ke atas sesiapa yang melanggar peraturan.

Anxin terletak kira-kira 150km di selatan Beijing.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here