Singapura agih alat pengesan untuk Covid-19

0
437
FOTO: Silver Generation Office (SGO).

Oleh Yusoff Ahmad Shariff

SINGAPURA telah memulakan pengagihan alat pengesan Covid-19 menggunakan kaedah Bluetooth sebagai sebahagian daripada langkah-langkah untuk memperlahankan penularan wabak tersebut.

Alat yang dinamakan token ‘TraceTogether’ itu merupakan alternatif kepada aplikasi pengesan yang dimajukan oleh kerajaan menggunakan telefon pintar, lapor bbc.com.

Ia adalah bagi kegunaan mereka yang tidak menggunakan telefon pintar.

Bagaimana pun, pengumuman tentang pengagihan alat tersebut telah mencetuskan kebimbangan berhubung isu privasi.

Kumpulan pertama yang menerima alat itu terdiri daripada warga emas berisiko yang tinggal tinggal seorang diri atau kurang upaya.

Alat yang menggunakan QR Kod itu tidak perlu dicaj kerana baterinya tahan selama sembilan bulan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here