Jawatan TPM : tahap politik Anwar sama ‘level’ dengan Mukhriz ?

0
1017

Oleh Syed Ali Alhabshee

1.SAYA tidak mahu mengulas kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad ‘buat lawak’ apabila menamakan Shafie Apdal sebagai calon PM9.

 

2.Juga saya tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir bahawa beliau tidak mencalonkan anaknya Mukhriz TPM2, berada dibelakang Anwar Ibrahim selaku TPM1.

 

3.Cerita Shafie PM9 menyusul setelah PKR mengambil keputusan sebulat suara menolak hasrat Dr Mahathir ingin dirinya dicalonkan semula sebagai PM9.

 

4.Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj sehingga kini, wujud jawatan TPM2.

 

5.Pelik dan ganjil permainan politik PH Plus dalam strategi mereka mahu menumbangkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yasin.

 

6.Ironisnya, Anwar dan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail tidak dimaklumkan terlebih awal mengenai pencalonan Shafei PM9.

 

7.Berdasarkan respon Anwar dan sekutunya dalam PH, jelas idea Dr Mahathir itu amat tidak digemari kerana seperti cuba menghalang Anwar menduduki kerusi PM9.

 

8.Ketika PKR menentang keras pencalonan tersebut, maklumat akar umbi juga memberitahu DAP dan AMANAH setakat ini belum bersedia mengistiharkan pengakuan terbuka menyokong Shafie PM9.

 

9.Manakala Shafie pula hari ini dilaporkan sebagai berkata akan ‘berfikir’ dan ‘tidak akan mengambil masa yang lama’.

 

10.’Game’ politiknya jika dilihat secara tersirat menunjukkan Anwar digambarkan tidak berkelayakan memegang jawatan PM9, kecuali hanya Shafie.

 

11.Barangkali taraf politik Anwar cukup sekadar mengisi jawatan TPM1, menyamai taraf Mukhriz selaku TPM2, jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

 

12.Jadi sia-sialah perjuangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson yang selama ini begitu kempunan kerusi PM tetapi diletakkan sebaris dengan Mukhriz oleh Dr Mahathir.

 

13.Dalam pada itu, ramai tertanya-tanya kenapa sebelum ini blok pembangkang bermain dengan slogan ‘mandat rakyat’ tetapi apabila menamakan bakal PM9, langsung tidak mengambilkira sensitivi rakyat.

 

14.Apa pun natijahnya disebalik keputusan ‘luar biasa’ Dr Mahathir itu, pemahaman rakyat semakin matang melihat betapa teruknya perangai pemain politik yang rakuskan kuasa.

 

15.Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa biarpun tindakan mereka dilihat ‘sebagai lawak jenaka’ dan melangkau batas pemikiran normal, sepertimana kejutan dengan menamakan Shafie PM9.

 

16.Sebaliknya pula, rakyat teruja dengan pentadbiran Muhyiddin yang bertungkus lumus membina negara kesan penularan wabak COVID19.

 

17.Gandingan dan sokongan beberapa parti dalam kerajaan PN terhadap Muhyiddin adalah bukti mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri.

 

18.Memang diakui akan ada sedikit kegelisahan dan suara sumbang dalam kalangan PN tetapi itu adalah lumrah kerana susunan ‘jari pun ada panjang pendeknya’.

 

19.Keyakinan dan sokongan rakyat Malaysia terhadap Muhyiddin sudah cukup untuk beliau meneruskan agenda membela nasib rakyat !


*Tulisan ini adalah semata-mata pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian BeBasNews. 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here