PKPP: Jasa ‘frontliner’ yang terkorban wajar dihargai

0
294
Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada balu Pegawai Bomba, Nik Faisal Kamarudin dalam satu majlis di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Selangor.

Oleh Arrazaq Nazri

KLANG — Jasa dan sumbangan barisan hadapan atau ‘frontliner’ kepada masyarakat umum amat besar sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu hingga PKP Pemulihan (PKPP) yang akan berakhir 31 Ogos depan.

Menurut Pengerusi Pertubuhan Dalam Komuniti Bandar Botanik, Datuk Nor Shabudin Monil, sewajarnya jika berlaku sebarang kemalangan melibatkan kehilangan nyawa golongan tersebut kita sebagai anggota masyarakat patut menghulurkan bantuan.

“Hari ini kita mendengar banyak kemalangan melibatkan kematian anggota barisan hadapan seperti polis dilanggar pemandu mabuk.

“Pada majlis ini juga kita menyampaikan sumbangan kepada balu seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang meninggal akibat kemalangan jalanraya di daerah ini. Walaupun di luar masa bertugas namun kita tetap menghargai jasa beliau selama ini,”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Tahlil dan Penyampaian Sumbangan Kepada Keluarga Pegawai Bomba Allahyarham Nik Faisal Kamarudin di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Pelabuhan Klang di sini.

Yang hadir menyampaikan sumbangan adalah Orang Besar Daerah Klang, Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir.

Yang hadir sama ialah Pengerusi NGO, Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan), PEKIDA, wakil JBPM Selangor, JBPM Klang, Balai Polis Ibupejabat Daerah Klang Selatan dan syarikat korporat.

Nor Shabudin berkata, sumbangan daripada pihak korporat bagi membantu keluarga barisan hadapan yang terkorban semasa atau di luar waktu tugas amat dihargai dan perlu diteruskan dari masa ke semasa.

“Justeru saya menyeru kepada semua pihak terutama pihak korporat dan orang perseorangan untuk sama-sama menghulurkan bantuan kepada waris barisan hadapan yang terkorban sepanjang PKP mahupun di luar masa PKP ini,”katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here