Covid-19 melepasi 10 juta kes termasuk lebih setengah juta maut

0
307
FOTO: NIAID-RML.

PARAH… Jumlah kumulatif penghidap Covid-19 di seluruh dunia sudah pun cecah 10 juta kes termasuk lebih 500,000 kematian manakala 5.1 juta pesakit disahkan sembuh setakat semalam.

Menurut data terbitan pusat rekod penyakit global, John Hopkins University di Amerika Syarikat (AS), angka itu dicatatkan pukul 18:13 UTC 28 Jun bersamaan 2.13 pagi 29 Jun waktu Malaysia

Malahan jumlah maut akibat wabak tersebut dalam tempoh lima bulan lepas adalah menyamai rekod kematian penyakit malaria bawaan nyamuk bagi jangka masa setahun di serata dunia.

Sekadar perbandingan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan setiap bulan purata 80,000 maut kerana Covid-19 berbanding 64,000 akibat AIDS dan 36,000 pula sebab malaria.

Hanya dua negara telah melepasi sejuta kes dengan AS masih kekal jumlah paling banyak iaitu 2,584,126 kes dan 127,642 maut diikuti Brazil yang melaporkan 1,323,069 kes dan 57,174 maut.

Lima buah negara yang lain pula catat kematian lebih daripada 20,000 orang iaitu Britain paling teruk dengan 43,550 pesakit maut disusuli Itali, Perancis, Sepanyol dan jiran AS sendiri, Mexico.

WHO menyatakan dalam tempoh tujuh bulan sahaja, wabak yang serang saluran pernafasan penghidap itu naik dua kali ganda berbanding kes influenza teruk berlaku pada setiap tahun.

Peningkatan ketara berlaku ketika banyak negara yang terjejas bertindak melonggarkan perintah kawalan pergerakan dan menyesuaikan kehidupan dengan norma baharu hingga vaksin ditemui.

Beberapa negara turut alami peningkatan semula jangkitan dan pakar penyakit menjangkakan senario tersebut bakal menjadi amalan biasa sehingga tahun 2021 apabila penawar dijumpai.

Pandemik itu juga dikesan masuk fasa baharu dengan India dan Brazil ‘bertarung’ purata 10,000 kes baru setiap hari sehingga tekan ekonomi, sektor kesihatan dan bekalan sumber makanan.

Sementara China, New Zealand dan Australia dilihat mula berlaku gelombang kedua jangkitan baharu Covid-19 meskipun berjaya kekang penularan dalam kalangan masyarakat setempat.

Pakar juga berpendapat jumlah kes yang dilaporkan di seantero dunia ketika ini sebenarnya hanya data sebilangan kecil kerana banyak negara hadapi kekangan buat ujian pengesanan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here