[VIDEO] Keluarga prihatin bantu anak beruang dengan balang terlekat di kepala

0
387

Oleh Fetty Rara

VIDEO seekor anak beruang ditemui berenang dengan cemas kerana sebuah balang terlekat pada kepalanya di Wisconsin, Amerika Syarikat baru-baru ini menjadi tular.

Sebuah keluarga yang sedang memancing di kawasan berkenaan begitu prihatin tentang penderitaan anak beruang itu lalu mengejarnya dengan bot untuk membantu.

Mereka tidak berputus asa walaupun semakin hampir mereka dengan haiwan itu semakin laju dia berenang ke arah darat.

Balang tersebut akhirnya berjaya ditanggalkan dengan selamat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here