Mantan menteri sukan Indonesia dipenjara 7 tahun kerana rasuah

0
328
Tersangka mantan Menteri Pemuda dan Olahraga Imam Nahrawi melantunkan shalawat di depan pewarta seusai menjalani pemeriksaan di Gedung KPK, Jakarta, Rabu (27/11/2019). Imam Nahrawi menjalani pemeriksaan lanjutan dalam kasus dugaan suap dana hibah dari pemerintah untuk KONI melalui Kemenpora. ANTARA FOTO/M Risyal Hidayat/ama.

TEGAS… Sebuah mahkamah di Jakarta semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun kepada bekas Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi, atas sabit kesalahan rasuah.

Beliau didapati bersalah menerima rasuah bagi membolehkan pengeluaran geran Jawatankuasa Sukan Negara (KONI) dan meraih penghargaan daripada pihak lain ketika sandang jawatan itu.

“Pihak mahkamah dengan ini menyatakan bahawa Imam Nahrawi didapati bersalah tanpa ada lagi keraguan dalam beberapa kes rasuah,” kata Ketua Hakim Rosmina dipetik media tempatan.

Imam Nahrawi dan penolong peribadinya, Miftahul Ulum, didakwa menerima rasuah 11.5 billion rupiah (RM3,425,305) untuk membolehkan pembayaran geran yang dicadangkan pihak KONI.

Di samping itu, beliau yang juga mantan Setiausaha Agung Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) turut dituduh terima rasuah lain berjumlah 8.4 bilion rupiah (RM2,502,052) daripada pihak lain.

Mahkamah turut tangguhkan hak Nahrawi dipilih pegang jawatan di pejabat awam selama empat tahun, malah memerintahkan beliau bayar 18.15 bilion rupiah (RM5,392,800) sebagai ganti rugi.

Keputusan mahkamah tersebut difahamkan ada kaitan dengan usaha kementerian itu yang gigih berjuang memajukan sukan dan pencapaian atlet dalam pelbagai pertandingan antarabangsa.

Imam Nahrawi, 46, dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2014 dalam Kabinet Presiden Joko Widodo bersama naibnya, Jusuf Kalla sebelum undur diri secara sukarela pada tahun lalu.

Beliau bertindak letak jawatan pada 19 September lepas setelah dijadikan suspek siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) berhubung kes penyelewengan dalam urusan KONI.

Kes berprofil tinggi itu jelas gemparkan Indonesia yang kini aktif banteras amalan korupsi, waima Imam Nahrawi diingati kerana kejayaannya ketika republik itu jadi tuan rumah Sukan Asia 2018.

Dalam temasya terbesar di peringkat benua ini, negara itu muncul antara kuasa sukan utama dengan raih posisi keempat dari segi pungutan pingat selepas China, Jepun dan Korea Selatan.

Ini kes kedua babit bekas anggota Kabinet Jokowi selepas menteri sosial, Idrus Marham dijatuhi hukuman penjara tiga tahun pada April lalu, oleh mahkamah khas KPK juga atas kesalahan rasuah.-BebasNews

https://www.beritasatu.com/hukum/650297/eks-menpora-imam-nahrawi-dihukum-7-tahun-penjara
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here